Khamis, 18 April 2019 | 5:16pm

Maxis lancar NB-IoT pertama Malaysia

KUALA LUMPUR: Maxis melancarkan khidmat pengkomersial Objek Rangkaian Internet Jalur sempit (NB-IoT) pertama Malaysia yang menawarkan keupayaan seperti 5G, walaupun untuk aplikasi jalur lebar yang lebih rendah.

Dalam kenyataannya, syarikat telekomunikasi itu berkata teknologi berkenaan akan mememperkasa data raya dan membolehkan analitis data canggih yang berpotensi membantu membuat keputusan dalam bidang seperti penjimatan kos, kecekapan serta peluang perniagaan baharu.

Ia berkata, Maxis NB-IoT sedang diuji dalam beberapa industri untuk pelbagai penggunaan utama industri seperti meter pintar dan pemantauan alam sekitar.

"Ada potensi untuk membuka peluang baharu bagi pihak berkepentingan utama seperti kerajaan, pihak berkuasa tempatan serta perniagaan Malaysia dalam bidang pertanian, utiliti dan bandar raya Pintar.

"Maxis bersedia untuk bekerjasama dengan pelanggan dalam memahami titik penting dan bekerjasama untuk meningkatkan kecekapan perniagaan dan menyelesaikan masalah melalui penyelesaian NB-IoT,” katanya.

Berita Harian X