Khamis, 11 April 2019 | 6:50pm

Gaya hidup anda pantas, efisien bersama HUAWEI MateBook 13

Perubahan gaya hidup seharian yang semakin hari ditakluki oleh teknologi serba pantas, turut mempengaruhi dalam budaya kerja untuk terus kekal relevan bersaing dalam pasaran.

Justeru, kehidupan pantas dan efisyen kini menjadi strategi penting untuk terus bertahan di tempat kerja tanpa mengira masa dan di mana anda berada.

Lalu tidak hairanlah, secara tiba-tiba majikan anda mahukan gambar yang diambil menggunakan telefon pintar, dimuat turun di laman sosial.

Dengan ratusan gambar yang anda ada dan kabel pemindahan gambar ke komputer riba diperlukan, tentu sahaja akan memakan masa lama untuk memuat turun.

Selain itu, di tempat kerja, perkongsian dan pemindahan fail adalah perkara biasa, namun masalah sering timbul apabila sambungan internet yang lambat.

Kelajuan tanpa wayar

Kini, semuanya mudah apabila HUAWEI melancarkan MateBook 13 di Malaysia pada 2 April lalu di mana siri MateBook itu menyokong teknologi HUAWEI Share 3.0 yang berfungsi sebagai kaedah pemindahan gambar ataupun video.

Kelajuan tanpa wayar boleh mencapai 30MB/S dan hanya mengambil masa dua minit untuk memindahkan 1,000 gambar dari telefon pintar ke komputer riba.

Menerusi teknologi HUAWEI Share 3.0, HUAWEI MateBook 13 tidak lagi menggunakan kabel USB untuk memudahkan proses perkongsian gambar.

Selagi telefon pintar HUAWEI anda menyokong fungsi NFC dan EMUI versi 9.0 dan ke atas, anda boleh terus buka dan pilih gambar dari telefon dan ‘tap’ pada logo HUAWEI Share pada MateBook 13, secara automatik berpindah ke dalam komputer.

Anda juga boleh menggunakan fungsi tangkapan skrin daripada komputer riba ke dalam telefon sama ada ia adalah reka bentuk lukisan, aplikasi permainan atau laman sesawang dan penghantaran tanpa halangan.

Berbeza dengan fungsi pemindahan lain, HUAWEI Share 3.0 dapat mengesan peranti HUAWEI yang lain dengan pantas melalui Bluetooth dan menggunakan NFC untuk melakukan pemindahan fail yang lebih efisyen tanpa sebarang penggunaan kabel.

Bekerja luar biasa

Selain itu HUAWEI MateBook 13 juga dilengkapi dengan paparan FullView, reka bentuk Shark Fin 2.0, 42 Wh bateri kapasiti dan ciri inovatif lain untuk memberi pengguna pengalaman berkerja luar biasa.

Paparan skrin FullView dengan nisbah 3:2 ini membolehkan segala kandungan pejabat dimaksimumkan dan meningkatkan kecekapan penyuntingan serta pengubahsuaian dokumen.

Jangka hayat bateri juga mampu mencapai permainan semula video selama 10 jam, penggunaan pejabat selama 9.1 jam dan pelayaran web selama 7.3 jam, selain mampu memberi maklum balas kepada pelanggan bila-bila masa dan di mana juga.

Selain itu, teknologi HUAWEI Shark Fin 2.0 yang terdapat di dalam HUAWEI Matebook 13 ini merupakan sistem penyejuk dimana pengudaraannya 25 peratus lebih tinggi daripada kipas biasa, jadi prestasi komputer riba ini akan berjalan lebih lancar walaupun sesuatu tugasan itu susah.

HUAWEI MateBook 13 dilancarkan dalam dua versi iaitu i5/8G/256G/NVIDIA pada harga RM3,999 dan i7/8G/512G/NVIDIA berharga RM4,399.

Maklumat lanjut layari laman web HUAWEI Mall https://shop.huawei.com/my/product/18060614684715.html.

Berita Harian X