Khamis, 20 September 2018 | 12:37pm
TELEFON pintar Huawei P20 Pro Pearl White.
TELEFON pintar Huawei P20 Pro Pearl White.

Kemasan putih mutiara Huawei P20 Pro tampil unik

JENAMA telefon pintar terkemuka dunia, Huawei memperkenalkan edisi terhad, Huawei P20 Pro Pearl White yang boleh didapati dalam kemasan warna baharu, putih mutiara.

Kesan daripada warna yang berkilau itu adalah ciri unik model ini dalam kalangan telefon pintar lain kerana ia direka untuk menjadi luar biasa dalam setiap cara.

Warna telefon akan melambangkan personaliti pemiliknya kerana itu pengguna perlu mendapatkan telefon dalam warna putih mutiara.

Menarikya, Huawei P20 Pro sudah menetapkan penanda aras baru bagi teknologi pengambilan gambar pada telefon pintar ini.

Reka bentuk yang mantap bersama sistem tri-kamera dengan kerjasama Leica dilihat mampu menawarkan peranti pintar dengan fungsi kamera terbaik kepada penggunanya.

TELEFON pintar Huawei P20 Pro Pearl White.
TELEFON pintar Huawei P20 Pro Pearl White.

Kombinasi kamera 40MP, 20MP dan 8MP adalah konfigurasi yang pertama digunakan pada telefon pintar.

Telefon pintar Huawei P20 Pro ini juga hadir dengan skrin bertakuk di hadapan dan pengimbas cap jari yang diletakkan di hadapan.

Keupayaan pada lensa Leica yang dimiliki membolehkan rakaman gerak perlahan 960fps dilakukan selain tekonologi Huawei AIS yang membantu menstabilkan penggambaran malam tanpa memerlukan tripod.

Lebih istimewa, ia hanya ditawarkan dalam jumlah terhad sebanyak 500 unit di Malaysia. Pengguna kini boleh membeli edisi P20 Pro Pearl White pada harga runcit RM2,949.

Setiap pembelian peranti itu, pengguna akan mendapat 'selfie stick' Huawei percuma, kad VIP siri P20 dan kupon bernilai RM150 untuk membeli aksesori Huawei.

TELEFON pintar Huawei P20 Pro Pearl White.
TELEFON pintar Huawei P20 Pro Pearl White.

Istimewa buat pelanggan Astro, anda layak mendapat 200 mata Astro Circle tambahan dan kupon RM200 untuk membeli peranti ini.

Huawei P20 Pro Pearl White sesuai bagi individu yang mementingkan fesyen dan sesuai untuk wanita dan lelaki.

Memandangkan ia ditawarkan untuk masa terhad, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkannya segera.

Huawei P20 Pro Pearl White kini boleh didapati hanya melalui pembelian secara dalam talian di https://mshop.huawei.com/my/events/P20ProPearlWhite.html.

Berita Harian X