Selasa, 17 Oktober 2017 | 11:54am
TELEFON bimbit Galaxy S8 keluaran Samsung Electronics Co, mendahului senarai telefon pintar terbaik mengatasi iPhone 8.- Foto AFP
TELEFON bimbit Galaxy S8 keluaran Samsung Electronics Co, mendahului senarai telefon pintar terbaik mengatasi iPhone 8.- Foto AFP

Samsung Galaxy S8 atasi iPhone 8

SEOUL: Telefon bimbit Galaxy S8 keluaran Samsung Electronics Co, mendahului senarai telefon pintar terbaik mengatasi iPhone 8 berdasarkan tinjauan majalah pengguna Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Menurut satu laporan pengguna, Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus yang dikeluarkan awal tahun ini, masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua.

Sementara model telefon pintar iPhone 8 Plus dan iPhone 8 terbaharu keluaran Apple Inc, masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.

Model Samsung Galaxy S7 yang dikeluarkan tahun lalu pula, menduduki tangga ketiga manakala Galaxy Note 8 yang mula dipasarkan pada September berada di tempat keenam.

Model telefon pintar V30 keluaran LG Electronics Inc, tidak termasuk dalam senarai kerana hanya baru berada di pasaran AS bulan ini. - BERNAMA

Berita Harian X