Rabu, 22 Jun 2022 | 3:09pm
(Gambar fail) Pelanggan dan pekerja Kedai Emas Fareha, Bandar Saujana Putra. - NSTP/ FARIZ ISWADI ISMAIL.
(Gambar fail) Pelanggan dan pekerja Kedai Emas Fareha, Bandar Saujana Putra. - NSTP/ FARIZ ISWADI ISMAIL.

Harga emas pukal terus susut, RM258.57 segram

BENGALURU: Harga emas susut susulan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), meskipun aset selamat itu masih diniagakan dalam jajaran sempit selepas pelabur menunggu isyarat baharu daripada bank pusat utama terutama Rizab Persekutuan (Fed) berhubung rancangan dasar monetari.

Spot emas susut 0.3 peratus kepada AS$1,827.03 (sekitar RM8,042.59) seauns atau RM258.57 segram pada 0231 GMT, meneruskan kerugiannya untuk empat sesi berturut-turut.

Emas AS susut 0.6 peratus kepada AS$1,828.10 (RM8,036.02) atau RM258.36 segram.

Dolar AS mengukuh menuju ke kemuncak dalam tempoh dua dekad baru-baru ini, menjadikan emas berasaskan dolar lebih mahal kepada pembeli mata wang lain.

"Emas diniagakan kurang memberangsangkan berbanding dolar AS dalam julat mendatar pada masa ini dan kita memerlukan langkah hala tuju besar daripada dolar untuk mengubahnya," kata Penganalisis Kanan OANDA, Jeffrey Halley.

Peserta pasaran juga memerhatikan testimoni Pengerusi Fed, Jerome Powell di Washington, DC minggu ini.

"Jika komen Powell kurang memberangsangkan malam ini, kita boleh melihat satu lagi kekuatan dolar AS selepas hasilnya meningkat. Ia akan mendorong emas menjadi lebih rendah. Jika tidak (komen Powell), saya menjangkakan kesannya adalah minimum," tambah Halley.

Fed berkemungkinan akan mengumumkan satu lagi kenaikan kadar faedah 75 mata asas pada Julai, diikuti kenaikan 50 mata asas pada September dan tidak kembali kepada pergerakan suku mata peratusan paling awal sehingga November, demikian menurut tinjauan pendapat Reuters.

Kadar faedah yang lebih tinggi dan hasil bon meningkatkan kos peluang memegang emas.

Emas mampu menjadi antara aset yang mungkin menjadi pilihan dalam kemungkinan pusingan seterusnya sekatan Kesatuan Eropah (EU) ke atas Russia.

menuju ke hadapan, spot emas mungkin menguji paras sokongan AS$1,821 (RM8,004.81) seauns atau RM257.36 segram dengan peluang terbaik untuk melepasi paras lebih rendah dan jatuh kepada AS$1,812 (RM7,965.24) seauns atau RM256.09 segram, demikian menurut Penganalisis Teknikal Reuters, Wang Tao.

Spot perak susut 1.0 peratus kepada AS$21.45 (RM94.2906) seauns, platinum jatuh 0.7 peratus kepada AS$930.91 (RM4,092.12) dan palladium merosot 0.8 peratus kepada AS$1,862.40 (RM8,186.79)s.

- Reuters

Berita Harian X