Rabu, 4 Mei 2022 | 1:26am
(Gambar fail). Pelanggan di sebuah kedai barangan kemas - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
(Gambar fail). Pelanggan di sebuah kedai barangan kemas - NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Harga emas pukal susut kepada sekitar RM260 segram

KUALA LUMPUR: Harga emas berlegar pada paras terendah sejak pertengahan Februari, berikutan peningkatan dolar Amerika Syarikat (AS) dan kenaikan kadar faedah yang akan dilaksanakan Rizab Persekutuan AS menjejaskan permintaan logam berharga itu sebagai pelaburan lindung nilai inflasi.

Harga niaga hadapan spot emas spot turun 0.3 peratus kepada sekitar AS$1,858.10 setiap auns atau kira-kira RM260 segram.

Penganalisis berkata, terdapat risiko penurunan jangka pendek untuk harga emas dan diniagakan antara AS$1,810 hingga AS$1,790 dengan tekanan datang daripada jangkaan kadar faedah lebih tinggi serta nilai dolar AS lebih kukuh.

Nilai dolar AS ketika ini mengukuh berbanding mata wang utama ke paras tertinggi 20 tahun, menjadikan emas diniagakan berasaskan dolar AS kurang menarik untuk pembeli antarabangsa.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FED) bank pusat AS pula akan memulakan mesyuaratnya mengenai penetapan kadar faedah dan negara itu dijangka menaikkan kos pinjaman sebanyak setengah mata peratusan apabila ia mengumumkan keputusannya.

Fed menaikkan dasar kadar faedah dasar 25 mata asas pada Mac dan tidak lama lagi berkemungkinan akan mula mengurangkan pegangan asetnya kerana ia cuba mengetatkan dasar monetari era pandemik dan mengekang inflasi AS yang melambung tinggi.

Berita Harian X