Rabu, 23 March 2022 | 10:28am
Ringgit didagangkan kebanyakannya bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama - Foto hiasan
Ringgit didagangkan kebanyakannya bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama - Foto hiasan

Nilai ringgit kembali pulih

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit pulih semua untuk memulakan urus niaga pagi ini lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas mata wang AS itu susut di tengah-tengah peningkatan dalam pasaran ekuiti, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9.00 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.2110/2155 berbanding dolar AS daripada 4.2160/2190 pada penutup Selasa.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ekuiti AS ditutup lebih tinggi malam tadi walaupun lebih ramai pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS menyokong dasar monetari yang lebih ketat tahun ini.

Menurut laporan, Presiden Fed San Francisco, Mary Daly dan Presiden Fed St. Louis, James Bullard, mencadangkan bahawa akomodasi dasar monetari perlu digugurkan dan ia harus dilakukan pada kadar yang lebih pantas.

Justeru, Mohd Afzanizam berkata, ringgit dijangka kekal sekitar RM4.21 hari ini.

Pada pembukaan, ringgit didagangkan kebanyakannya bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.4764/4804 daripada 3.4880/4908 pada penutupan Selasa.

Unit tempatan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.5880/5940 daripada 5.5580/5619 dan lemah berbanding euro kepada 4.6426/6476 daripada 4.6346/6379 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit tidak berubah berbanding dolar Singapura pada 3.1027/1063 hari ini berbanding 3.1027/1052 pada penutup semalam.

-BERNAMA

Berita Harian X