Selasa, 8 March 2022 | 10:21am
Gambar fail. Transaksi di premis pengurup wang ( Money Changer ) di sekitar Kuala Lumpur. - NSTP/ASWADI ALIAS.
Gambar fail. Transaksi di premis pengurup wang ( Money Changer ) di sekitar Kuala Lumpur. - NSTP/ASWADI ALIAS.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Selasa berikutan sokongan belian kekal terhadap mata wang negara maju itu.

s

Pada 9.03 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1805/1850 berbanding dolar AS daripada 4.1765/1805 ketika ditutup pada Isnin.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur kebanyakannya berbanding mata wang utama lain.

Unit domestik meningkat berbanding yen kepada 3.6201/6243 daripada 3.6295/6333 ketika ditutup pada Isnin, serta naik berbanding pound Britain kepada 5.4794/4853 daripada 5.5005/5057.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0665/0700 daripada 3.0606/0638 semasa ditutup semalam dan rendah berbanding euro kepada 4.5396/5445 daripada 4.5344/5388. – Bernama

Berita Harian X