Jumaat, 14 Januari 2022 | 6:34pm
Bursa Saham Kuala Lumpur. - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI
Bursa Saham Kuala Lumpur. - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah secara keseluruhannya pada Jumaat, susulan pengambilan untung berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang didahului Press Metal dan Public Bank, seiring dengan sentimen pasaran serantau yang lemah.

Peniaga berkata kedua-dua kaunter itu menyumbang gabungan 3.54 mata kepada penurunan indeks barometer.

Pada 5 petang, penanda aras, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 14.18 mata atau 0.90 peratus kepada 1,555.33 daripada 1,569.51 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 4.28 mata lebih rendah kepada 1,565.23 sebelum bergerak di antara 1,549.93 dengan 1,565.23 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Lingkungan pasaran keseluruhan adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 828 berbanding 204, manakala 348 kaunter tidak berubah, 871 kaunter tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.61 bilion unit bernilai RM2.95 bilion daripada 3.46 bilion unit bernilai RM2.14 bilion pada Khamis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti, Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup rendah disebabkan tekanan jualan yang dilihat dialami seluruh rantau ini.

"Pasaran serantau utama mencatatkan prestasi rendah berikutan petunjuk negatif dalam tempoh semalaman secara amnya daripada Wall Street, dengan terutamanya saham tenaga dan teknologi mengheret pasaran untuk mengalami penurunan.

"Selain itu, kenyataan cenderung kepada kadar faedah tinggi oleh pegawai Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk jelas bahawa kadar faedah AS boleh meningkat seawal Mac, sekali gus menamatkan keadaan monetari yang amat longgar," katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Nikkei 225 Jepun susut 1.28 peratus kepada 28,124.28; Indeks Hang Seng Hong Kong turun 0.19 peratus kepada 24,383.32; Indeks Straits Times Singapura menambah 0.69 peratus kepada 3,279.81 dan Kospi Korea Selatan kurang 1.36 peratus kepada 2,921.92.

Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing turun 4.0 sen kepada RM8.46 dan RM4.20, Petronas Chemicals susut 6.0 sen kepada RM9.09, IHH Healthcare susut 7.0 sen kepada RM6.58 manakala CIMB menguncup 5.0 sen kepada RM5.54.

Bagi saham aktif, AirAsia Group merosot 12.5 sen kepada 62 sen, DNeX turun 1.5 sen kepada 84 sen, manakala SMTrack dan Sapura Energy masing-masing tidak berubah pada 29 sen dan 5.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 137.20 mata kepada 11,178.52, Indeks FBMT 100 kurang 127.18 mata kepada 10,885.65, Indeks FBM Emas Syariah turun 193.68 mata kepada 11,880.81, FBM ACE merosot 209.0 mata kepada 6,279.63 dan FBM 70 menguncup 283.64 mata kepada 13,852.57.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 70.75 mata kepada 16,152.08, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian susut 3.14 mata kepada 202.96 manakala Indeks Perladangan kurang 12.43 mata kepada 6,761.55.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.36 bilion saham bernilai RM2.65 bilion daripada 2.08 bilion saham bernilai RM1.91 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 262.03 juta unit bernilai RM31.58 juta daripada 241.93 juta unit bernilai RM30.63 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE pula susut kepada 968.34 juta saham bernilai RM266.65 juta daripada 1.13 bilion saham bernilai RM202.71 juta.

Kaunter barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 725.27 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (554.78 juta), pembinaan (75.22 juta), teknologi (427.89 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (72.84 juta), hartanah (163.45 juta), perladangan (10.26 juta), REIT (6.18 juta), dana tertutup (35,200), tenaga (160.45 juta), penjagaan kesihatan (51.84 juta), telekomunikasi dan media (23.54 juta), pengangkutan dan logistik (49.35 juta ) serta utiliti (35.79 juta). – Bernama

Berita Harian X