Isnin, 27 Disember 2021 | 10:40am
Bursa Malaysia
Bursa Malaysia

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh minat belian, berdasarkan kebimbangan mengenai Omicron yang berkurangan, kata peniaga.

Pada 9.08 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.67 mata kepada 1,517.12 daripada 1,516.45 pada Jumaat.

Indeks dibuka tinggi 0.92 mata kepada 1,517.37.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 105 berbanding 86 manakala 205 kaunter tidak berubah, 1,914 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 76.04 juta unit bernilai RM31.29 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd, dalam nota penyelidikan berkata sokongan belian dijangka berterusan selama sekurang-kurangnya seminggu berikutan kebimbangan mengenai varian Omicron yang semakin berkurangan dan pelabur dijangka memilih kaunter yang mencatatkan pemulihan dalam industri penerbangan, permainan dan pelancongan.

"Kami berpendapat peniaga perlu memberi tumpuan kepada saham yang mencatatkan pemulihan, selain syarikat yang mempunyai pendapatan yang kukuh seperti sektor teknologi. Selain itu, tema tematik dijangka menyelubungi saham berkaitan perabot dan kayu berikutan situasi banjir baru-baru ini," katanya.

Menurut firma itu, indeks penanda aras mengakhiri minggu itu dengan mendatar dalam persekitaran aktiviti dagangan yang perlahan, sejajar dengan prestasi bercampur-campur dalam pasaran serantau.

"Saham berharga rendah dan pasaran lebih luas, bagaimanapun, diniagakan tinggi, diterajui oleh sektor tenaga berikutan harga minyak mentah yang kukuh," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank merosot tiga sen kepada RM8.22 manakala PBBank, PChem, IHH dan CIMB, masing-masing tidak berubah pada RM4.12, RM8.77, RM6.57 dan RM5.36.

Daripada saham aktif, MGRC menambah tujuh sen kepada RM1.13 manakala waran Focus, KAB dan SMTrack, masing-masing tidak berubah pada satu sen, 26 sen dan 13.5 sen dan Eduspec berkurangan setengah sen kepada 1.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 6.17 mata kepada 11,001.68, Indeks FBMT 100 meningkat 5.13 mata kepada 10,706.84 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 11.72 mata kepada 11,814.40.

FBM 70 meningkat 8.43 mata kepada 14,011.84 dan FBM ACE naik 10.45 mata kepada 6,250.57.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.14 mata kepada 197.68, Indeks Perladangan meningkat 0.79 mata kepada 6,489.30 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 1.73 mata kepada 15,420.89.

-BERNAMA

Berita Harian X