Khamis, 2 Disember 2021 | 10:23am
Bursa Malaysia Bhd
Bursa Malaysia Bhd

Bursa Malaysia ditutup esok

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd dan anak-anak syarikatnya akan ditutup esok sempena Cuti Khas Peristiwa bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Operasi akan bersambung pada Isnin, 6 Disember 2021, kata pengendali bursa saham itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengisytiharkan Jumaat sebagai cuti umum di Wilayah Persekutuan bagi meraikan kemenangan KL City FC pada Piala Malaysia buat kali pertama sejak 32 tahun.

-BERNAMA

Berita Harian X