Khamis, 25 November 2021 | 7:31pm

Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dengan indeks petunjuk pasaran berada di bawah paras 1,520 di tengah-tengah sentimen yang lemah.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.67 mata untuk ditutup kepada 1,517.60 daripada 1,522.27 pada Rabu.

Indeks itu dibuka rendah turun 1.95 mata kepada 1,520.32 dan bergerak antara paras 1,515.43 dan 1,523.16 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 712 berbanding 302, manakala 402 kaunter tidak berubah, 925 tidak diniagakan dan 44 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.81 bilion unit bernilai RM2.42 bilion daripada 3.04 bilion unit bernilai RM2.09 bilion sebelumnya.

Seorang peniaga berkata aktiviti belian saham berharga rendah dijangka muncul kerana penilaian di Bursa Malaysia masih lebih rendah berbanding bursa serantau lain.

Beliau menjangkakan indeks petunjuk pasaran FBM KLCI diniagakan antara jajaran 1,520 dan 1,525 menghala ke hujung minggu.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals meningkat 10 sen kepada RM8.44, Hong Leong Bank naik empat sen kepada RM18.32, Axiata meningkat tiga sen kepada RM4.00, Maxis tidak berubah pada RM4.59, Maybank susut satu sen kepada RM8.11, Public Bank berkurangan lima sen kepada RM4.02 dan IHH Healthcare turun dua sen kepada RM6.67.

Dalam kalangan kaunter aktif, Green Ocean naik setengah sen kepada empat sen, V.S. Industry melonjak 12 sen kepada RM1.54, Vsolar tidak berubah pada 1.5 sen, Fintec dan G3 Global turun setengah sen masing-masing kepada 1.5 sen dan 13 sen manakala ATA IMS susut 35 sen kepada 82 sen.

Di papan indeks, FBM 70 meningkat 4.41 mata kepada 14,635.47, Indeks FBMT 100 susut 23.91 mata kepada 10,825.37, Indeks FBM Emas turun 33.58 mata kepada 11,159.57, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 28.36 mata kepada 12,107.81, manakala FBM ACE jatuh 99.01 mata kepada 6,652.30.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.19 mata kepada 199.39, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 40.20 mata kepada 15,229.52 dan Indeks Perladangan berkurangan 22.13 mata kepada 6,579.18.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.35 bilion saham bernilai RM2.13 bilion berbanding 1.96 bilion saham bernilai RM1.79 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran turun kepada 258.24 juta unit bernilai RM36.88 juta daripada 343.07 juta unit bernilai RM76.05 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menokok kepada 1.20 bilion saham bernilai RM247.51 juta daripada 716.62 juta saham bernilai RM226.51 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 445.02 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (996.65 juta), pembinaan (92.89 juta), teknologi (279.02 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (42.05 juta), hartanah (137.63 juta), perladangan (23.95 juta), REITs (11.99 juta), dana tertutup (149,900), tenaga (135.39 juta), penjagaan kesihatan (50.28 juta), telekomunikasi dan media (49.56 juta), pengangkutan dan logistik (65.18 juta) dan utiliti (20.89 juta).

- BERNAMA

Berita Harian X