Rabu, 30 Disember 2020 | 8:27pm
Papan indeks Bursa Malaysia - Foto Bloomberg
Papan indeks Bursa Malaysia - Foto Bloomberg

Bursa Malaysia ditutup tinggi hari kedua terakhir 2020

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan momentum belian yang berterusan dan sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau lain.

Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.42 mata untuk ditutup kepada 1,644.41 selepas bergerak antara paras 1,631.77 dan 1,645.31 sepanjang hari dagangan.

Indeks itu dibuka 0.61 mata lebih tinggi kepada 1,635.93 berbanding paras penutup 1,634.99.

Keseluruhan suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 656 berbanding 507 manakala 465 kaunter tidak berubah, 500 tidak diniagakan dan 62 yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 7.82 bilion unit bernilai RM3.65 bilion daripada 9.17 bilion unit bernilai RM4.22 bilion.

Bagi saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals meningkat 13 sen kepada RM7.50, Top Glove naik 11 sen kepada RM6.12, CIMB menokok tiga sen kepada RM4.38, Hartalega melonjak 26 sen kepada RM12.20, manakala Public Bank tidak berubah pada RM20.70, Maybank susut satu sen kepada RM8.57, TNB berkurangan enam sen kepada RM10.52 dan IHH Healthcare turun tiga sen kepada RM4.38.

Dalam kalangan kaunter cergas, Sealink meningkat 2.5 sen kepada 19.5 sen, Pegasus naik setengah sen kepada tiga sen, MTouche dan Parkson menokok satu sen masing-masing kepada lapan sen dan 20.5 sen manakala Iris Corp tidak berubah pada 43.5 sen dan AT Systematization serta Techna-X turun one sen masing-masing kepada 18.5 sen dan 16 sen.

Di papan indeks, FBM 70 meningkat 24.83 mata kepada 15,248.76, Indeks FBM Emas naik 62.49 mata kepada 11,869.18, Indeks FBMT 100 menokok 54.51 mata kepada 11,613.17 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 96.61 mata kepada 13,275.15.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 2.87 mata kepada 178.92, Indeks Perladangan naik 18.68 mata kepada 7,412.81 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 23.18 mata kepada 15,476.59.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 4.94 bilion saham bernilai RM 2.90 bilion daripada 6.06 bilion saham bernilai RM3.35 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran susut kepada 402.76 juta unit bernilai RM68.67 juta daripada 432.50 juta unit bernilai RM70.88 juta pada Selasa.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 2.47 bilion saham bernilai RM676.43 juta daripada 2.67 bilion saham bernilai RM802.94 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 766.24 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.29 bilion), pembinaan (441.57 juta), teknologi (349.57 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (42.86 juta), hartanah (786.60 juta), perladangan (71.89 juta), REITs (13.55 juta), dana tertutup (49,000), tenaga (314.36 juta), penjagaan kesihatan (69.94 juta), telekomunikasi dan media (126.80 juta), pengangkutan dan logistik (628.0 juta) dan utiliti (39.15 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X