Jumaat, 4 Disember 2020 | 7:51pm
Papan indeks Bursa Malaysia - Foto Bloomberg
Papan indeks Bursa Malaysia - Foto Bloomberg

Pengambilan untung jejas momentum Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambilan untung berterusan di tengah-tengah kekalutan politik dan kebimbangan bekalan vaksin menyaksikan Bursa Malaysia diniagakan rendah sepanjang hari dagangan hari ini.

Pelabur terus menjual pegangan mereka menjelang hujung minggu selepas pasaran tempatan mencatatkan paras tinggi baharu pada Khamis.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.41 mata kepada 1,621.85, diseret turun kebanyakannya oleh kaunter kesihatan serta kewangan.

Indeks itu dibuka 0.35 mata lebih rendah kepada 1,627.91 daripada paras penutup 1,628.26 pada Khamis.

Ia bergerak antara paras 1,628.82 dan 1,618.54 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 731 berbanding 580, manakala 429 kaunter tidak berubah, 393 tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 14.22 bilion saham bernilai RM6.75 bilion daripada 12.37 bilion unit bernilai RM6.17 bilion sebelumnya.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata dalam kalangan kaunter FBM KLCI, Petronas Dagangan menerajui kaunter rugi selepas susut sebanyak 2.5 peratus manakala CIMB Bank menerajui kaunter unung dengan kenaikan 2.1 peratus.

Beliau berkata, Indeks Tenaga Bursa Malaysia paling mencatatkan kenaikan, meningkat sebanyak 7.5 peratus hari ini selepas Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu-sekutunya (OPEC+) bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran pada jumlah yang lebih rendah daripada yang dijangkakan; meningkatkan pengeluaran harian sebanyak 500,000 setong pada Januari.

"Peningkatan 500,000 tong hanya mewakili 1.0 peratus daripada pasaran minyak global," katanya.

Indeks Penjagaan Kesihatan Bursa Malaysia menjadi kaunter yang mencatatkan penurunan terbesar, turun sebanyak 1.4 peratus.

Sementara itu, seorang penganalisis, berkata pelabur juga bimbang dengan ketidakstabilan politik selepas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya yang diusulkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Bharu, Datuk Abdul Manaf Hashim, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Selain itu, sentimen risiko juga meningkat apabila pengeluar ubatan Pfizer Inc mengurangkan sasaran pelancaran vaksin COVID-19.

Beliau juga berkata pasaran turut menunggu data pekerjaan Amerika Syarikat yang akan diumumkan lewat hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Top Glove turun 13 sen kepada RM6.65, IHH susut lima sen kepada RM5.45 dan Hartalega berkurangan 16 sen kepada RM14.50.

Petronas Gas susut dua sen kepada RM17.40 dan Telekom Malaysia jatuh tujuh sen kepada RM5.30.

Dalam kalangan kaunter cergas, Yong Tai meningkat tujuh sen kepada 36.5 sen, Ho Wah naik 3.5 sen kepada 88 sen manakala Metronic menokok 1.5 sen kepada 13.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 17.12 mata kepada 11,740.72, Indeks FBMT 100 turun 18.18 mata kepada 11,493.96 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 30.31 mata kepada 13,507.17.

FBM 70 menokok 82.17 mata kepada 15,249.55 dan FBM ACE berkurangan 113.75 mata kepada 10,624.97.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.84 mata kepada 173.79, Indeks Perladangan susut 24.75 mata kepada 7,349.40, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 30.42 mata kepada 14,517.45.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 9.79 bilion saham bernilai RM5.57 bilion daripada 8.72 bilion saham bernilai RM5.17 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran naik kepada 865.14 juta unit bernilai RM154 juta daripada 702.15 juta unit bernilai RM119.86 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 3.56 bilion saham bernilai RM1.03 bilion daripada 2.95 bilion saham bernilai RM878.55 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang bagi 963.4 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (3.2 bilion), pembinaan (640 juta), teknologi (518.7 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (90.6 juta), hartanah (1.6 bilion), perladangan (98.6 juta), REITs (10.8 juta), dana tertutup (sifar), tenaga (2.2 bilion), penjagaan kesihatan (79.9 juta), telekomunikasi dan media (116.8 juta), pengangkutan dan logistik (238 juta) dan utiliti (83 juta).

-- BERNAMA

Berita Harian X