Khamis, 1 Oktober 2020 | 7:36pm
Bursa Malaysia - Foto fail NSTP
Bursa Malaysia - Foto fail NSTP

Bursa Malaysia akhiri hari pertama Oktober lebih rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia memulakan suku akhir tahun dengan nota yang lebih rendah, selepas FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.53 peratus pada penutup di tengah-tengah pasaran yang merekodkan prestasi yang bercampur-campur.

Pasaran telah terjejas berikutan sentimen di kaunter perladangan apabila Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (AS) bertindak mengharamkan minyak sawit dan produk minyak sawit dari FGV Holdings Bhd daripada memasuki negara itu.

Indeks perladangan menguncup 134.74 mata kepada 6,915.49.

FBM KLCI berkurangan 8.05 mata untuk ditutup pada 1,496.77 berbanding 1,504.82 yang dicatatkan semalam.

Ia melanjutkan kerugian selepas dibuka 3.24 mata lebih rendah pada 1,501.58. Indeks berlegar antara 1,491.13 dan 1,503.58 sepanjang hari ini.

Bagaimanapun, di pasaran yang lebih luas, urus niaga saat-saat akhir di peringkat bawahan membantu membendung kejatuhan, dengan 501 kaunter untung mengatasi 499 yang rugi, manakala 404 kaunter tidak berubah, 685 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan secara keseluruhan berkurangan kepada 4.91 bilion saham bernilai RM2.60 bilion daripada 5.66 bilion saham bernilai RM2.64 bilion yang dicatat semalam.

Antara saham-saham berkaitan indeks, Sime Darby Plantation jatuh 26 sen kepada RM4.79, IHH Healthcare merosot 12 sen kepada RM5.08, MISC turun 21 sen kepada RM7.29 dan Tenaga adalah 12 sen lebih rendah pada RM10.38.

Selain Sime Darby Plantation, kaunter lain yang berada dalam kerugian adalah IOI Corp yang berkurangan sebanyak tujuh sen kepada RM4.39, dan KLK yang rugi 10 sen kepada RM22.70.

Terdahulu hari ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan mendedahkan satu lagi, pemain utama dalam sektor perladangan, yang mana beliau tidak namakan, dijangka berdepan nasib yang sama dengan FGV.

Bagi kaunter berkaitan penjagaan kesihatan, ada yang berprestasi rendah disebabkan aktiviti pengambilan untung tetapi Top Glove dan Hartalega, masing-masing meningkat 13 sen serta 10 sen kepada RM8.43 dan RM16.26.

"Memandangkan kes baharu COVID-19 terus melonjak, ini sebenarnya memberikan peluang kepada kaunter pembuat sarung tangan getah terutama yang terkait dengan KLCI seperti Top Glove dan Hartalega.

"Oleh itu, jika rangsangan dalam sektor penjagaan kesihatan di FBM KLCI boleh menangani sentimen lemah secara keseluruhan, maka indeks akan berada dalam jajaran kecil," kata seorang penganalisis kepada Bernama.

Setakat Rabu, hampir semua negeri mencatatkan kes baharu COVID-19 selepas ramai individu pulang dari Sabah.

Jumlah kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia kembali mencatatkan angka tiga digit hari ini (260), selepas turun kepada 89 semalam.

Pada penutup, saham wajaran tinggi Maybank turun empat sen kepada RM7.18, Tenaga susut 12 sen kepada RM10.38, Public Bank meraih lapan sen kepada RM15.78 dan Petronas Chemicals naik empat sen kepada RM5.65.

Kaunter aktif pula, XOX merosot 1.5 sen kepada 11.5 sen, Kanger International susut 3.5 sen kepada 14.5 sen, Iris melonjak 4.5 sen kepada 32.5 sen dan Bintai Kinden menambah 13 sen kepada 66.5 sen.

Di kalangan kaunter rugi, Nestle merosot 90 sen kepada RM140.50, Carlsberg Brewery jatuh 40 sen kepada RM20.30 dan Genting Plantations lemah 26 sen kepada RM9.69.

Di kalangan kaunter untung, F&N melonjak 68 sen kepada RM32.78, Scientex menambah 50 sen kepada RM11.10 dan Vitrox adalah 44 sen lebih tinggi pada RM12.64.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 32.93 mata kepada 10,798.62 dan Indeks Syariah FBM Emas melemahkan 48.37 mata kepada 12,852.57 tetapi FBM 70 menokok 22.83 mata kepada 14,151.65.

Indeks FBMT 100 turun 38.23 mata kepada 10,622.47 dan FBM ACE menguncup 55.20 mata kepada 9,858.81.

Secara sektoral, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 40.93 mata kepada 12,436.69, Indeks Perladangan berkurangan 134.74 mata kepada 6,915.49 serta Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.68 mata kepada 137.53 7,050.23.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama jatuh kepada 2.55 bilion saham bernilai RM2.01 bilion daripada 2.80 bilion saham bernilai RM1.99 bilion.

Jumlah waran berkurangan kepada 384.45 juta unit bernilai RM90.69 juta daripada 411.32 juta unit bernilai RM92.99 juta.

Jumlah di Pasaran ACE turun kepada 1.98 bilion saham bernilai RM502.98 juta daripada 2.44 bilion saham bernilai RM556.99 juta.

Produk dan Perkhidmatan Pengguna menyumbang 573.01 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, Produk dan Perkhidmatan Perindustrian (874.60 juta), Pembinaan (176.71 juta), Teknologi (336.90 juta), SPAC (sifar), Perkhidmatan Kewangan (24.33 juta), Hartanah (100.23 juta), Perladangan (88.84 juta), REIT (13.15 juta), Dana Tertutup (13,700), Tenaga (225.62 juta), Penjagaan Kesihatan (69.02 juta), Telekomunikasi dan Media (26.61 juta), Pengangkutan dan Logistik (31.73 juta) serta Utiliti (14.19 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X