Rabu, 23 September 2020 | 7:50pm
Tinjauan Bursa Saham (KLSE) di RHB Jln Tun Razak. - Foto: NSTP/Muhammad Hisyamuddin Ishak
Tinjauan Bursa Saham (KLSE) di RHB Jln Tun Razak. - Foto: NSTP/Muhammad Hisyamuddin Ishak

Bursa Malaysia ditutup bawah paras 1,500 mata

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini di tengah-tengah sentimen lemah di pasaran serantau.

Pada jam 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 9.30 mata atau 0.62 peratus untuk ditutup kepada 1,496.48 berbanding 1,505.78 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 1.51 mata lebih tinggi pada 1,507.29 dan bergerak di antara 1,491.17 dan 1,509.15 sepanjang dagangan hari ini.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 896 berbanding 246, manakala 345 kaunter tidak berubah, 602 kaunter tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Pasaran menjadi berhati-hati menjelang hasil laporan Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE Rusell esok.

Jumlah dagangan meningkat kepada 8.45 bilion saham bernilai RM4.32 bilion daripada 6.54 bilion saham bernilai RM3.92 bilion pada Selasa.

Indeks utama itu dipengaruhi oleh jualan besar-besaran dalam saham berwajaran tinggi, didahului Petronas Chemicals dan Axiata yang masing-masing susut 12 sen dan 10 sen kepada RM5.50 dan RM3.06.

Saham berwajaran tinggi yang lain seperti Hartalega naik 44 sen kepada RM14.50, Sime Darby Plantation tidak berubah pada RM5.05, Maybank turun tiga sen kepada RM7.17, Top Glove susut satu sen kepada RM8.02 dan TNB berkurangan 12 sen kepada RM10.90.

Dalam kalangan kaunter cergas, Advance Synergy naik 6.5 sen kepada 19 sen, Solution Group menambah satu sen kepada 70 sen, Pegasus Heights tidak berubah pada 2.5 sen, Kanger International susut lima sen kepada 26 sen, Pasukhas rendah empat sen kepada 8.5 sen, XOX susut 18 sen dan Bintai Kinden merosot 3.5 sen kepada 74 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 76.13 mata kepada 10,733.99 dan Indeks FBM Emas Shariah 74.19 mata rendah kepada 12,730.22.

FBM 70 susut kepada 104.53 mata kepada 13,846.92, Indeks FBMT 100 turun 69.18 mata kepada 10,562.64 dan FBM ACE merosot 417.59 mata kepada 10,368.91.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 112.48 mata kepada 12,447.14, Indeks Perladangan turun 35.42 mata kepada 7,087.25 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan susut 1.93 mata kepada 133.54.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 4.62 bilion saham bernilai RM3.09 bilion daripada 3.12 bilion saham bernilai RM2.74 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran naik kepada 637.77 juta unit bernilai RM162.20 juta daripada 586.08 juta unit bernilai RM138.67 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 3.19 bilion saham bernilai RM1.07 bilion daripada 2.84 bilion saham bernilai RM1.04 bilion sebelum ini.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 1.63 bilion saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.09 bilion), pembinaan (376.02 juta), teknologi (335.60 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (36.92 juta), hartanah (448.28 juta), perladangan (108.98 juta), REIT (8.65 juta), dana tertutup (35,500), tenaga (317.07 juta), penjagaan kesihatan (141.05 juta), telekomunikasi dan media (33.24 juta ), pengangkutan dan logistik (36.98 juta) dan utiliti (59.40 juta).

-- Bernama

Berita Harian X