Isnin, 24 Ogos 2020 | 8:09pm

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan aktiviti membeli saham berharga rendah yang diselangi dengan pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi yang diterajui saham kewangan.

Pada penutup, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.54 peratus atau 8.54 mata untuk ditutup kepada 1,568.58 daripada paras penutup 1,577.12 pada Jumaat minggu lepas.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka 1.43 mata lebih tinggi kepada 1,578.55 dan bergerak antara paras 1,567.10 dan 1,581.27 sepanjang hari dagangan.

Prestasi negatif dalam saham mewah iaitu Petronas Chemicals, IHH Healthcare, Public Bank dan Hartalega menyeret turun indeks komposit sebanyak 10.55 mata.

Bagaimanapun, keseluruhan suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 645 berbanding 504, manakala 376 kaunter tidak berubah, 493 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 9.95 bilion saham bernilai RM5.76 bilion daripada 7.73 bilion saham bernilai RM5.02 bilion.

Seorang penganalisis berkata pasaran ekuiti tempatan berada dalam aliran tidak berubah apabila sokongan belian menyederhana sementara menunggu petunjuk baharu.

Sementara itu Kenanga Research dalam nota penyelidikannya berkata pelabur akan menunggu pengumuman pendapatan oleh syarikat tersenarai pada minggu ini yang perlu mengumumkan kad laporan suku tahunan April-Jun pada akhir Ogos.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut tujuh sen kepada RM7.48, Top Glove turun 10 sen kepada RM27.90, Public Bank susut 32 sen kepada RM16.98, Hartalega jatuh 24 sen kepada RM17.50 manakala Tenaga tidak berubah pada RM11.00.

Dalam kalangan kaunter cergas, Iris meningkat dua sen kepada 40 sen, XOX naik 2.5 sen kepada 23.5 sen dan Bioalpha menokok 4.5 sen kepada 32.5 sen.

Senarai kaunter rugi utama diterajui Panasonic Manufacturing yang turun 56 sen kepada RM30.98, manakala Kossan Rubber dan Heineken jatuh 46 sen setiap satu masing-masing kepada RM15.94 dan RM21.04.

Kaunter untung utama, UWC naik 18 sen kepada RM5.74, Chin Hin meningkat 17 sen kepada 95 sen dan F&N menokok 16 sen kepada RM32.90.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 32.03 mata kepada 11,318.05, Indeks FBMT 100 susut 39.70 mata kepada 11,119.54 manakala FBM 70 mengukuh 28.63 mata kepada 14,764.91.

Indeks FBM Emas berkurangan 3.73 mata kepada 13,426.07 manakala FBM ACE meningkat 23.94 mata kepada 10,945.82.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 114.68 mata kepada 12,911.81, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.98 mata kepada 141.29 manakala Indeks Perladangan meningkat 19.59 mata kepada 7,059.25.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.31 bilion saham bernilai RM4.12 juta berbanding 4.08 bilion saham bernilai RM3.69 juta pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 527.98 juta unit bernilai RM163.85 juta berbanding 543.82 juta unit bernilai RM168.75 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 4.09 bilion saham bernilai RM1.47 bilion daripada 3.1 bilion saham bernilai RM1.16 bilion sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.08 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.90 bilion), pembinaan (186.65 juta), teknologi (521.35 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (64.95 juta), hartanah (319.63 juta), perladangan (52.87 juta), REITs (7.17 juta), dana tertutup (12,000), tenaga (719.76 juta), penjagaan kesihatan (155.57 juta), telekomunikasi dan media (69.38 juta), pengangkutan dan logistik (195.81 juta) dan utiliti (29.55 juta). - BERNAMA

Berita Harian X