Rabu, 1 Julai 2020 | 8:07pm
Bursa Malaysia
Bursa Malaysia

Bursa Malaysia naik 13.46 mata

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia hari ini menyaksikan aliran peningkatan dan ditutup hampir mencecah paras tertinggi harian, dipacu kenaikan saham bermodal kecil dan sederhana Syariah serta konvensional yang seiring dengan prestasi kebanyakan indeks serantau.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 13.46 mata atau 0.89 peratus untuk ditutup kepada 1,514.43 daripada 1,500.97 yang dicatat pada Selasa.

Sewaktu dagangan dibuka, indeks itu menokok 2.96 mata kepada 1,503.93 dan bergerak dalam jajaran 1,497.54 hingga 1,517.01 sepanjang sesi hari ini.

Sentimen pasaran secara amnya adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 660 berbanding 313 manakala 381 kaunter tidak berubah, 560 tidak didagangkan dan 21 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7.33 bilion saham bernilai RM3.6 bilion daripada 5.34 bilion saham bernilai RM3.74 bilion yang dicatatkan pada Selasa.

Di peringkat serantau, indeks Nikkei Jepun susut 0.2 peratus kepada 22,244.62, Indeks Hang Seng Hong Kong sebaliknya naik 0.52 peratus kepada 24,427.19 dan Indeks Straits Times Singapura meningkat 0.96 peratus kepada 2,614.65.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank untung satu sen kepada RM7.52, Public Bank naik dua sen kepada RM16.52, Petronas Chemicals menambah lima sen kepada RM6.25 manakala Tenaga susut 12 sen kepada RM11.50 dan IHH Healthcare susut 10 sen kepada RM5.40.

Bagi saham aktif, VSolar menokok dua sen kepada 8.5 sen, Iris Corp naik setengah sen kepada 19 sen, Fintec Global meningkat satu sen kepada tujuh sen, Pegasus Heights tidak berubah pada satu sen manakala AT Systematization susut setengah sen kepada 10 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas menokok 101.06 mata kepada 10,653.05, Indeks FBMT 100 naik 96.31 mata kepada 10,509.31 dan FBM 70 melonjak 131.42 mata kepada 13,071.05.

Indeks FBM Emas Shariah pula naik 155.26 mata kepada 12,194.55 dan FBM ACE melonjak 234.84 mata kepada 6,399.15.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menambah 0.92 mata kepada 134.58, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 42.00 mata kepada 12,754.51 manakala Indeks Perladangan naik 42.16 mata kepada 6,752.4.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 7.33 bilion saham bernilai RM3.6 bilion daripada 2.57 bilion saham bernilai RM2.91 bilion pada Selasa.

Waran susut kepada 456.47 juta unit bernilai RM130.21 juta berbanding 486.17 juta unit bernilai RM131.97 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 3.51 bilion saham bernilai RM708.7 juta daripada 2.28 bilion saham bernilai RM691.41 juta, sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 423.33 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (714.87 juta), pembinaan (224.42 juta), teknologi (252.76 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (40.15 juta), hartanah ( 495.71 juta), perladangan (41.11 juta), REIT (5.53 juta), dana tertutup (90.000), tenaga (658.03 juta), penjagaan kesihatan (88.67 juta), telekomunikasi dan media (210.98 juta), pengangkutan dan logistik (180.64 juta) serta utiliti (18.94 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X