Khamis, 26 Disember 2019 | 11:12am

Harga minyak mentah naik, AS$67.36 setong

TOKYO: Harga minyak naik hari ini disokong oleh usaha pemotongan pengeluaran yang diketuai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC), walaupun dagangan dalam suasana suram berikutan kebanyakan pasaran dalam mod bercuti.

Minyak mentah Brent naik 16 sen atau 0.2 peratus kepada AS$67.36 setong oleh 0155 GMT.

West Texas Intermediate naik 20 sen atau 0.3 peratus kepada AS$61.31 setong.

“Harga minyak terus menunjukkan kekuatan pada akhir tahun disokong oleh gabungan kemajuan muktamad dalam kesepakatan perdagangan AS-China, perjanjian OPEC/ OPEC + dan aktiviti di minyak syal yang perlahan," kata Stephen Innes, ketua strategi pasaran Asia di AxiTrader.

Presiden AS, Donald Trump berkata pada Selasa dia dan Presiden China Xi Jinping akan mengadakan majlis menandatangani perjanjian yang dipanggil Tahap 1 untuk menamatkan pertikaian perdagangan mereka.

Perang perdagangan hampir 17 bulan memberi tekanan kepada pertumbuhan ekonomi global dan permintaan terhadap minyak, menyebabkan harga terikat hampir sepanjang tahun. - Reuters

Berita Harian X