Jumaat, 20 Disember 2019 | 7:35am
- Foto AFP
- Foto AFP

Wall Street cecah rekod tertinggi baharu

NEW YORK: Indeks utama Wall Street menyambung rali dengan mencatat rekod tertinggi baharu apabila Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Steven Mnuchin, berkata kesepakatan awal perdagangan AS-China akan dimeterai awal Januari.

Penanda aras S&P 500 mencatatkan rekod tertinggi keenam berturut-turut, paling lama sejak Januari 2018. Dow Jones Industrial Average dan Nasdaq juga menyentuh paras tertinggi baharu.

Dow Jones Industrial Average menokok 131.66 mata atau 0.47 peratus kepada 28,370.94.

S&P 500 naik 13.92 mata atau 0.44 peratus kepada 3,205.06.

Nasdaq Composite menambah 53.17 mata atau 0.6 peratus kepada 8,880.91.

Saham Conagra Brands Inc melonjak 17.2 peratus selepas jualan suku tahunan dan anggaran keuntungan pengeluar Slim Jim mengatasi anggaran.

Sejumlah 7.08 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.91 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X