Khamis, 19 Disember 2019 | 7:42am

FedEx tarik turun Dow

NEW YORK: S&P 500 mengakhiri kenaikan lima hari untuk ditutup lebih rendah.

Ia berikutan keyakinan pelabur berhubung pertumbuhan ekonomi global dibalas dengan penyusutan ketara saham FedEx Corp, tetapi indeks penanda aras berjaya melonjak untuk berlegar hampir di paras tertinggi sebelum ini.

Saham FedEx merosot 10.0 peratus selepas syarikat penghantaran bungkusan AS itu merendahkan unjuran keuntungan fiskal 2020 kerana perbelanjaan yang tinggi, perdagangan global perlahan dan kesan selepas berpisah dengan Amazon.com Inc.

Penurunan saham FedEx menarik turun Dow.

Saham syarikat penghantaran pesaing United Parcel Service Inc susut 1.9 peratus.

Kemerosotan FedEx dan UPS menyebabkan Dow Jones Transport Average turun 0.9 peratus.

Tetapi Nasdaq mencatatkan rekod penutup tertinggi untuk sesi kelima berturut-turut.

Dow Jones Industrial Average merosot 27.88 mata atau 0.1 peratus kepada 28,239.28.

S&P 500 turun 1.38 mata atau 0.04 peratus kepada 3,191.14 dan Nasdaq Composite menambah 4.38 mata atau 0.05 peratus kepada 8,827.74.

Sejumlah 7.72 bilion saham bertukar tangan berbanding 6.95 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X