Selasa, 17 Disember 2019 | 9:32am

Saham Tokyo dibuka lebih tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi hari ini disokong kenaikan semalaman di Wall Street yang menyaksikan indeks utamanya mencatat rekod penutup tertinggi baharu.

Indeks penanda aras Nikkei 225 menokok 0.49 peratus atau 118.38 mata kepada 24,070.73 pada awal dagangan, manakala indeks Topix menokok 0.42 peratus atau 7.35 mata pada 1,744.22.

Ketiga-tiga indeks saham utama Amerika Syarikat (AS) ditutup pada rekod tertinggi baharu ketika pelabur menyambut baik data pengeluaran perkilangan China yang mantap dan hubungan perdagangan antara Washington dan Beijing yang bertambah baik.

Ketidakpastian berkaitan landskap perdagangan AS-China yang semakin reda dan kemenangan Boris Johnson pada pilihan raya Khamis lalu, mencukupi untuk mendorong kenaikan awal bagi pasaran saham global, kata Ray Attrill, ahli strategi di National Australia Bank.

Dalam kalangan saham utama di Tokyo, beberapa pengeluar kenderaan menokok, dengan Toyota naikkan 0.41 peratus kepada 7,821 yen, Honda menokokt 0.90 peratus kepada 3,235 yen dan Mazda naik 0.73 peratus kepada 964 yen. - AFP

Berita Harian X