Khamis, 12 Disember 2019 | 9:26am

Saham Tokyo dibuka lebih tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi hari ini selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar faedah tidak berubah, dengan jangkaan bahawa bank pusat itu akan terus mengekalkan kadar pada paras rendah.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 0.24 peratus atau 55.67 mata pada 23,447.53 pada awal perdagangan, manakala indeks Topix lebih tinggi naik 0.24 peratus atau 4.04 mata kepada 1,718.99.

"Saham Jepun disokong rasa lega selepas Rizab Persekutuan mencadangkan mengekalkan dasar kadar faedahnya yang rendah," kata Ketua Strategi di Okasan Online Securities Yoshihiro Ito, dalam satu ulasan, sambil menambah bahawa peniaga masih memantau rundingan perdagangan AS-China.

Di Tokyo, saham berkaitan cip menokok, dengan pengeluar peralatan pengujian semikonduktor Advantest naik 1.85 peratus kepada 5.480 yen dan pengeluar peralatan pembuatan cip Tokyo Electron naik 2.43 peratus kepada 22,995 yen.

Sony meningkat 0.69 peratus kepada 7,269 yen dan Sharp naik 1.19 peratus kepada 1,690 yen. - AFP

Berita Harian X