Rabu, 11 Disember 2019 | 9:15am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Saham Tokyo dibuka mendatar

TOKYO: Saham Tokyo dibuka mendatar dengan mana pelabur menanti perkembangan terkini rundingan perdagangan Amerika Syarikat(AS)-China, kurang seminggu sebelum Washington mengenakan tarif baharu ke atas barangan China.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 0.07 peratus atau 16.46 mata kepada 23,426.65 pada awal dagangan.

Indeks Topix turun 0.05 peratus atau 0.80 mata pada 1,719.97.

"Saham Jepun dilihat dalam jajaran kecil, dengan tumpuan pada rundingan perdagangan AS-China dan pilihan raya di United Kingdom (UK)," kata Okasan Online Securities dalam satu ulasan.

Sekiranya tarif 15 Disember berkuat kuasa, hampir semua barangan AS yang diimport dari China akan terkesan.

Tetapi pasaran agak positif berhubung prospek perjanjian perdagangan AS-China, kata penganalisis.

Semalam terdapat "pelbagai laporan yang mencadangkan bahawa tarikh 15 Disember bagi mengenakan tarif baharu bernilai ke atas import China bernilai AS$160 bilion mungkin ditangguhkan," kata Ray Attrill, ketua strategi mata wang di National Australia Bank, dalam satu nota. - AFP

Berita Harian X