Selasa, 10 Disember 2019 | 7:33am
Foto fail, suasana di Pasaran Saham New York. - Foto AP
Foto fail, suasana di Pasaran Saham New York. - Foto AP

Wall Street ditutup rendah

NEW YORK: Saham Amerika Syarikat (AS) ditutup lebih rendah, dengan mana saham Apple dan penjagaan kesihatan merosot ketara dan pelabur sibuk memantau perkembangan semasa penting yang akan berlaku minggu, termasuk potensi titik perubahan dalam pertikaian perdagangan AS-China.

Harapan pelabur sekurang-kurangnya persetujuan awal AS-China membantu mendorong indeks saham utama untuk mencatatkan paras tertinggi, dengan penanda aras S&P 500 berlegar sekitar 0.5 peratus di bawah paras tertinggi sepanjang masa.

"Pasaran adalah ... dalam mod tunggu dan lihat," kata Chuck Carlson, Ketua Pegawai Eksekutif di Horizon Investment Services di Hammond, Indiana.

"Semua mata masih tertumpu pada situasi tarif akan datang pada 15 Disember," kata Carlson.

"Ia masih lagi faktor jangka terdekat yang mungkin akan mempengaruhi dagangan."

Pada minggu ini, pelabur juga akan memberi tumpuan kepada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan, pilihan raya di United Kingdom, dan perjanjian berpotensi berkaitan pakatan perdagangan Amerika Utara.

Dow Jones Industrial Average mersot 105.46 mata atau 0.38 peratus kepada 27,909.6.

S&P 500 turun 9.94 mata atau 0.32 peratus kepada 3,135.97.

Nasdaq Composite turun 34.70 mata atau 0.4 peratus kepada 8,621.83.

Penurunan 1.4 peratus dalam saham Apple, yang selalunya sensitif kepada perkembangan perdagangan, adalah satu-satunya stok yang mencatat penurunan terbesar dalam ketiga-tiga indeks.

Sejumlah 6.2 bilion saham bertukar tangan di bursa AS, berbanding 6.6 bilion purata 20 sesi dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X