Jumaat, 6 Disember 2019 | 11:08am

Harga minyak naik dalam dagangan awal di Asia hari ini

TOKYO: Harga minyak meningkat dalam dagangan awal di Asia hari ini, dengan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) diniagakan menghampiri paras tinggi dua bulan selepas OPEC bersetuju meningkatkan pemotongan bekalan hampir 50 peratus pada awal 2020.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik dua cents pada AS$58.45 setong pada 0101 GMT.

Ia meningkat paras tinggi sehingga AS$59.12 setong pada Khamis, tertinggi sejak akhir September.

Sementara, niaga hadapan Brent menokok satu cent pada AS$63.40 setong. Penanda aras minyak mentah antarabangsa itu sebelum ini susut 0.6 peratus pada Khamis.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya termasuk Russia - yang mana kumpulan berkenaan dikenali sebagai OPEC+ telah bersetuju untuk meningkatkan pemotongan bagi mengelak lebihan bekalan, pada awal tahun depan sejajar dengan pertumbuhan ekonomi perlahan di tengah-tengah perang perdagangan antara AS-China.

Menerusi perjanjian itu, ia akan mengurangkan pengeluaran 500,000 tong sehari (bpd), menerusi pematuhan lebih ketat dan beberapa penyesuaian.

-REUTERS

Berita Harian X