Khamis, 5 Disember 2019 | 10:51am

Harga minyak susut

TOKYO: Harga minyak susut lebih rendah dalam dagangan awal hari ini menjelang mesyuarat OPEC, selepas mengalami kenaikan pada sesi sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent susut 10 cents, atau 0.2 peratus kepada AS$62.90 setong pada 0112 GMT.

Brent menetap pada 3.6 peratus, semalam.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) merosot 22 cents, atau 0.4 peratus kepada AS$58.21 setong.

Ia berakhir tinggi 4.2 peratus pada Rabu.

Harga minyak kini kembali kepada paras seminggu lalu, sebelum merosot disebabkan kekurangan perkembangan terbaharu mengenai penyelesaian perang perdagangan antara Sino-Amerika Syarikat (AS).

Ia sekaligus menjejaskan pertumbuhan dan permintaan minyak.

Perhatian pelabur kini beralih kepada mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya bermula Khamis, yang kemungkinan mengadakan lebih banyak pemotongan bekalan.

Kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai OPEC+ berusaha untuk mengatasi pengeluaran dari AS, yang kini pengeluar terbesar minyak dunia.

OPEC bertujuan menaikkan pemotongan bekalan tetapi memerlukan persetujuan daripada Russia dan pengeluar minyak lain bagi mengelakkan lebihan bekalan pada tahun depan, selepas berdepan pertumbuhan perlahan pada 2019.
-REUTERS

Berita Harian X