Rabu, 4 Disember 2019 | 8:04pm
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.1750/1780 berbanding dolar US daripada 4.1730/1760 semasa ditutup semalam. - Foto hiasan
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.1750/1780 berbanding dolar US daripada 4.1730/1760 semasa ditutup semalam. - Foto hiasan

Ringgit ditutup rendah

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan perdagangan yang tidak menentu terus menguasai sentimen pasaran.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.1750/1780 berbanding dolar US daripada 4.1730/1760 semasa ditutup semalam.

Penganalisis berkata, penyusutan ringgit itu berikutan ketidaktentuan yang berterusan berhubung perjanjian perdagangan AS-China, serta tarif ke atas keluli dan aluminium baharu yang dikenakan oleh Washington.

“Walaupun optimis dengan ‘fasa satu’ perjanjian perdagangan itu, yang dijangka akan dimuktamadkan pada pertengahan bulan ini, pelabur terus berhati-hati mengenai hasilnya kerana pernah berlaku sebelum ini antara kedua-dua negara itu yang gagal semasa dalam peringkat rundingan,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.8391/8429 daripada 3.8270/8305 pada Selasa, susut berbanding pound kepada 5.4488/4544 daripada 5.4191/4246 dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0613/0639 daripada 3.0596/0623 semalam.

Bagaimanapun, ringgit naik berbanding euro kepada 4.6226/6263 daripada 4.6249/6287 sebelum ini. - BERNAMA

Berita Harian X