Khamis, 28 November 2019 | 9:21am
Saham Tokyo dibuka lebih tinggi sedikit hari ini. - Foto hiasan
Saham Tokyo dibuka lebih tinggi sedikit hari ini. - Foto hiasan

Saham Tokyo dibuka lebih tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi sedikit hari ini, menjejaki kenaikan semalaman di New York yang dirangsang data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, selain nilai yen murah berbanding dolar AS.

Indeks penanda aras Nikkei 225 menokok 0.08 peratus, atau 18.84 mata, kepada 23,456.61 pada awal dagangan.

Indeks Topix naik 0.03 peratus atau 0.49 mata kepada 1,711.47.

"Saham Jepun dilihat meningkat dibantu kenaikan saham AS dan yen yang murah," kata Toshiyuki Kanayama, penganalisis pasaran kanan, dalam satu ulasan.

Saham Wall Street sekali lagi mencatat rekod penutup tertinggi Rabu berikutan data ekonomi AS yang lebih baik daripada yang dijangkakan.

Pertumbuhan ekonomi AS disemak naik kepada 2.1 peratus pada suku ketiga, lebih baik daripada 1.9 peratus dalam laporan sebelum ini.

Di Tokyo, Panasonic naik 1.83 peratus pada 999.3 yen selepas laporan mengatakan ia merancang untuk menjual perniagaan cip yang mencatat kerugian kepada syarikat Taiwan.

Antara saham utama lain, SoftBank Group naik 0.66 peratus kepada 4,278 yen, Nintendo naik 0.42 peratus pada 42,710 dan Toyota naik 0.34 peratus kepada 7,716 yen. - AFP

Berita Harian X