Rabu, 27 November 2019 | 9:24am

Saham Tokyo dibuka tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi pagi ini ketika mana pelabur memanfaatkan nilai yen yang lebih murah berbanding dolar dan rali semalaman di Wall Street, dengan tumpuan berterusan terhadap perkembangan dalam rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 0.40 peratus, atau 93.68 mata, kepada 23,467.00 pada awal dagangan.

Indeks Topix naik 0.32 peratus, atau 5.43 mata, pada 1,711.14.

"Saham Jepun disokong rekod tertinggi dalam saham AS dan kadar dolar-yen yang berlegar sekitar 109.00-50 yen," kata ketua strategi di Okasan Online Securities, dalam satu ulasan.

Bagaimanapun, firma pembrokeran itu juga menyatakan bahawa kenaikan harga akan terhad melainkan "kemajuan yang jelas dalam persekitaran luaran muncul", merujuk kepada rundingan perdagangan AS-China. - AFP

Berita Harian X