Selasa, 26 November 2019 | 9:16am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Saham Tokyo dibuka tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi pagi ini, melanjutkan kenaikan semalaman di Wall Street ketika mana harapan kemajuan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China meningkatkan keyakinan pelabur.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 0.62 peratus, atau 144.02 mata, pada 23,436.82 pada awal dagangan.

Indeks Topix naik 0.54 peratus, atau 9.14 mata, kepada 1,712.10.

"Saham Jepun dilihat meningkat berikutan kenaikan di Wall Street" yang didorong laporan bahawa Beijing mungkin akan berkompromi berhubung hak harta intelek (IP) dalam perbincangan perdagangan AS-China, kata penganalisis pasaran kanan Toshiyuki Kanayama di Monex.

Isu IP adalah isu utama bagi AS dalam perbincangan itu dan perjanjian berhubungnya dilihat sebagai kunci kejayaan.

Pasaran global telah melonjak dalam beberapa minggu kebelakangan dengan harapan bahawa Washington dan Beijing akan memeterai perjanjian awal sebagai bahagian pertama perjanjian perdagangan yang lebih luas.

Di Tokyo, saham pengeksport utama menokok, dengan Toyota naik 0.89 peratus kepada 7,798 yen, dagangan Nintendo naik 1.34 peratus kepada 42,860 yen dan Sony lebih tinggi sebanyak 1.81 peratus pada 6,835 yen.

Hitachi melonjak 3.12 peratus kepada 4,257 yen selepas laporan mengatakan firma itu memilih Showa Denko sebagai calon utama bagi cadangan penjualan unit kimianya. - AFP

Berita Harian X