Isnin, 25 November 2019 | 9:26am

Saham Tokyo dibuka lebih tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi pagi ini disokong nilai yen lebih rendah dan kenaikan di New York ketika mana peniaga masih tertumpu pada rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan situasi di Hong Kong.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 0.80 peratus, atau 184.18 mata, pada 23,297.06 pada awal dagangan.

Indeks Topix naik 0.64 peratus atau 10.84 mata kepada 1,702.18.

"Saham Jepun dilihat menguji kenaikan menyusuli rali di AS dan nilai yen yang lebih murah berbanding dolar AS,” kata Yoshihiro Ito, Ketua Strategi di Okasan Online Securities, dalam satu ulasan.

Tetapi minat beliau boleh dihadkan oleh ketidakpastian berhubung keadaan tidak menentu di Hong Kong, kata peniaga.

Kumpulan prodemokrasi Hong Kong menerajui kemenangan besar dalam pilihan raya majlis daerah, demikian menurut laporan media tempatan, undi yang dilihat secara meluas sebagai pungutan suara rakyat membantah kerajaan yang disokong Beijing.

Di Tokyo, Honda menokok 1.44 peratus kepada 3,153 yen, Nissan merosot 0.68 peratus kepada 671.7 yen dan Toyota naik 0.25 peratus pada 7,773 yen. - AFP

Berita Harian X