Rabu, 20 November 2019 | 11:23am

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, menjejaki aliran penurunan dalam bursa serantau berikutan sentimen lemah mengekang minat pelabur untuk mengambil risiko.

Pada 9.03 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.34 mata kepada 1,599.97 daripada 1,605.31 semasa ditutup semalam.

Indeks barometer susut 3.89 mata kepada 1,601.42.

Bagaimanapun, di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 106 berbanding 78, manakala 196 kaunter tidak berubah, 1,628 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 118.79 juta saham bernilai RM41.50 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata pengukuhan dagangan harian semalam dan disusuli pemulihan, walaupun mengejutkan, menunjukkan kekurangan minat dalam pasaran apabila masih terdapat rangsangan untuk dijadikan panduan oleh peserta pasaran.

Firma penyelidikan itu tidak menjangka pergerakan pasaran yang besar berikutan kekurangan petunjuk dengan keputusan menunjukkan untuk menyediakan petunjuk dalam masa terdekat untuk pasaran.

“Pada pendapat kami, masih terdapat perkembangan dalam rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China dengan berita yang bercanggah mengenai isu itu menyebabkan peserta pasaran berhati-hati.

“Selain itu, paras sokongan dan rintangan, masing-masing pada paras 1,590 dan 1,620,” katanya dalam nota, sambil menambah indeks utama dijangka berada pada paras 1,600 hingga 1,610 dalam masa terdekat.

Daripada saham wajaran tinggi, Tenaga susut lapan sen kepada RM13.68, Public Bank merosot 10 sen kepada RM19.90, manakala CIMB dan IHH, masing-masing turun enam sen kepada RM5.32 dan RM5.39.

Bagaimanapun, Petronas Chemicals naik empat sen kepada RM7.40 manakala Maybank tidak berubah pada RM8.65.

Daripada saham aktif, Alam Maritim naik tiga sen kepada 13 sen, K-One dan Dagang Nexchange, masing-masing menambah satu sen kepada 23.5 sen dan 29 sen, WCE merosot tiga sen kepada 41 sen, manakala Seacera menokok setengah sen kepada 55.5 sen.

Indeks FBM Emas susut 29.34 mata kepada 11,339.91, Indeks FBMT 100 merosot 28.88 mata kepada 11,151.15, Indeks FBM Emas Shariah turun 27.52 mata kepada 11,868.21 dan FBM 70 berkurangan 2.25 mata kepada 14,081.89.

FBM Ace, bagaimanapun, meningkat 18.97 mata kepada 4,970.24.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 33.44 mata kepada 15,626.94, bagaimanapun Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.14 mata kepada 153.44, manakala Indeks Perladangan meningkat 15.58 mata kepada 6,979.41. -- BERNAMA

Berita Harian X