Khamis, 7 November 2019 | 10:34am

Harga minyak mentah kekal

SEOUL: Harga minyak mentah didagangkan tidak berubah hari ini walaupun dilanda kerugian daripada sesi terdahulu disebabkan kebimbangan mengenai perjanjian interim perang dagang Amerika Syarikat (AS) dan China yang mungkin ditangguhkan.

Niaga hadapan Brent dibuka rendah pada AS$61.74 a setong. Harga susut sebanyak AS$1.22 atau hampir dua peratus pada Rabu.

Sementara itu, niaga hadapan AS West Texas Intermediate berada pada AS$56.32 setong, susut tiga cents daripada penutup sebelumnya.

Ia ditutup 88 cents lebih rendah atau 1.54 peratus dalam sesi sebelumnya berikutan bekalan yang lebih banyak daripada jangkaan.

Jumlah bekalan minyak mentah AS meningkat 7.9 peratus setong minggu lalu berikutan kilang penapis mengurangkan hasil dan eksport minyak mentah susut.

Ia bertentangan dengan jangkaan penganalisis iaitu peningkatan 1.5 juta tong, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga pada Rabu. -REUTERS

Berita Harian X