Rabu, 6 November 2019 | 9:51am

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi tetapi bertukar kepada dagangan bercampur dalam sesi pagi, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati pelabur disebabkan faktor luaran.

Ia termasuklah permintaan China ke atas Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan tarif yang dikenakan ke atas negara itu, kata peniaga.

Pada jam 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1.72 mata lebih rendah kepada 1,605.02 berbanding penutup Selasa iaitu 1,606.74.

Indeks utama itu dibuka 2.69 mata lebih tinggi pada 1,609.43.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 125 berbanding 99 manakala 187 kaunter tidak berubah, 1,565 tidak didagangkan dan 16 yang lain digantung.

Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 123.33 juta saham dengan nilai RM54.27 juta. -BERNAMA

Berita Harian X