Jumaat, 11 Oktober 2019 | 9:39am
Stock price movements are seen on a screen at a securities company in Beijing on July 11, 2018. / AFP PHOTO / NICOLAS ASFOURI
Stock price movements are seen on a screen at a securities company in Beijing on July 11, 2018. / AFP PHOTO / NICOLAS ASFOURI

Saham Tokyo dibuka lebih tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi hari ini dengan tumpuan utama kepada rundingan peringkat tinggi antara pegawai perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China lewat hari ini.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 0.69 peratus atau 149.21 mata kepada 21,701.19 pada awal dagangan, manakala indeks Topix naik 0.54 peratus atau 8.48 mata pada 1,589.90.

Saham Wall Street ditutup kukuh dengan harapan akan adanya kemajuan dalam pertikaian perdagangan AS-China selepas Presiden Donald Trump mengumumkan akan bertemu ketua delegasi dari China.

Trump dalam ciapannya berkata, beliau akan bertemu Naib Perdana Menteri Liu He, sekali gus menaikkan harapan berhubung prospek rundingan perdagangan peringkat tinggi yang diadakan semula Khamis.

"Saham Jepun dilihat meningkat pada awal perdagangan ... tetapi tidak lama lagi mungkin akan kehilangan hala tuju," kata Okasan Online Securities dalam ulasannya.

"Banyak peserta pasaran mengambil sikap tunggu dan lihat" menjelang rundingan itu, tambahnya. - AFP

Berita Harian X