Selasa, 8 Oktober 2019 | 7:42pm

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini memandangkan aktiviti belian pada harga rendah yang dibuat lebih awal berakhir dan aktiviti pengambilan keuntungan bermula, manakala pasaran pula menanti petunjuk baharu, kata seorang pengedar.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan sebanyak 0.21 mata kepada 1,558.79 berbanding dengan 1,559.00 yang dicatatkan semalam.

Indeks dibuka 1.46 mata lebih tinggi pada 1,560.46, ia bergerak antara 1,556.21 dan 1,565.16 sepanjang hari.

Bagaimanapun, kelebaran pasaran adalah positif memandangkan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 428 berbanding 381, manakala 587 kaunter tidak berubah, 607 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan melonjak kepada 2,44 juta saham bernilai RM1.72 bilion daripada 2.16 bilion saham berjumlah RM1.32 bilion yang direkodkan sebelumnya.

Maybank IB Research menjangkakan pemulihan teknikal akan berlaku ke atas indeks penanda aras dalam tempoh terdekat berikutan wujud banyak perbezaan isyarat dalam saham-saham perbankan, manakala minat membeli akan tertumpu dalam saham-saham utiliti.

“Bagaimanapun, pemulihan mungkin terhad berikutan keseluruhannya agak bias ke bawah.

“Disebabkan indeks telah jatuh ke tahap terendah dalam tempoh hampir empat tahun (minggu lepas), pemburuan untuk harga rendah memang boleh dijangka tetapi untuk meningkatkan unjuran indeks penanda aras yang agak kelam sekarang ini, satu pemangkin yang lebih kuat diperlukan,” katanya dalam satu nota.

Dalam saham wajaran tinggi, Maybank dan Axiata susut dua sen, masing-masing kepada RM8.45 dan RM4.26, Public Bank adalah empat sen lebih rendah sebanyak RM19.30, manakala Tenaga menokok enam sen kepada RM 13.70 dan IHH menambah satu sen kepada RM 5.67.

Bagi saham aktif, Priceworth dan VSolar meningkat setengah sen setiap satu kepada enam sen.

Sementara itu, Ekovest Rose bertambah 6.5 sen kepada 79.5 sen manakala Bumi Armada kekal pada 35 sen.

Indeks FBM Emas melonjak 15.7 mata kepada 11,074.25, Indeks FBMT 100 adalah 12.29 mata lebih tinggi kepada 10,896.65 dan Indeks FBM Emas Shariah 19.6 mata lebih kukuh kepada 11,671.54.

FBM 70 naik 72.12 mata kepada 13,894.55 dan FBM ACE menambah 53.13 mata kepada 4,614.93.

Secara sektoral, Indeks Perkhidmatan Kewangan mencatatkan kenaikan sebanyak 1.83 mata kepada 15,032.64, Indeks Perladangan melonjak 21.02 mata kepada 6,569.58 tetapi Indeks Perkhidmatan & Produk Industri jatuh 0.04 mata kepada 150.11.

Sementara itu, Petronas Dagangan Bhd, walaupun selepas menerima ulasan yang amat merangsangkan berikutan pengumuman subsidi petrol yang lebih tersasar oleh kerajaan, menyaksikan penyusutan sebanyak 50 sen kepada RM23.18 pada penutup dengan 418,200 saham diurus niaga.

Jumlah dagangan dalam pasaran utama meningkat kepada 1,58 bilion unit bernilai RM1.55 bilion daripada 1.21 bilion bernilai RM1.14 bilion.

Jumlah dagangan waran berkembang kepada 417.7 juta unit bernilai RM 74.27 juta berbanding 126.8 juta unit sebanyak RM12.13 juta sebelum ini.

Pasaran ACE pula merekodkan penurunan dalam jumlah dagangan kepada 437.090 juta saham bernilai RM87.54 juta daripada 831.42 juta saham bernilai RM167.39 juta.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang kepada 154,73 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, Produk Industri dan Perkhidmatan (306.47 juta), Pembinaan (189.73 saham), Teknologi (134.64 juta), SPAC (sifar), Perkhidmatan Kewangan (31.17 juta), Hartanah (166.23 juta), Perladangan (20,36 juta), REIT (14.71 juta), Dana Tertutup (182,000), Tenaga (295.67 juta), Penjagaan Kesihatan (15.6 juta), Telekomunikasi dan Media (186.8 juta), Pengangkutan dan Logistik (45.27 juta) dan utiliti (23.89 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X