Selasa, 8 Oktober 2019 | 9:38am

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini, meneruskan kenaikan semalam dan mengetepikan penyusutan semalaman di Wall Street.

Pada 9.11 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.62 mata kepada 1,563.62 daripada 1,559.00 Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 1.46 mata lebih kukuh pada 1,560.46.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 186 berbanding 75 dengan 925 kaunter tidak berubah, manakala 2,003 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Sejumlah 507.17 juta saham bertukar tangan bernilai RM217.77 juta.

Public Investment Bank Bhd, berkata S&P 500 susut 0.5 peratus dengan perkhidmatan komunikasi satu-satunya mencetat peningkatan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM8.50, PBBank naik 12 sen kepada RM19.46, PChem naik 13 sen kepada RM7.33, manakala IHH turun satu sen RM5.65.

Sementara itu, Tenaga tidak berubah pada RM13.64.

Daripada yang paling aktif, Priceworth, London Biscuits dan JKG Land masing-masing mendatar pada tiga sen, 5.5 sen dan 10 sen. - BERNAMA

Berita Harian X