Isnin, 7 Oktober 2019 | 9:47am
Stock price movements are seen on a screen at a securities company in Beijing on July 11, 2018. / AFP PHOTO / NICOLAS ASFOURI
Stock price movements are seen on a screen at a securities company in Beijing on July 11, 2018. / AFP PHOTO / NICOLAS ASFOURI

Saham Tokyo dibuka tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi pagi ini, meneruskan kenaikan di Wall Street, ketika mana data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) melegakan kebimbangan berhubung kemelesetan sambil mengekalkan jangkaan penurunan kadar faedah.

Indeks penanda aras Nikkei 225 menokok 0.19 peratus atau 41.43 mata kepada 21,451.63 pada awal dagangan.

Indeks Topix naik 0.25 peratus, atau 4.01 mata kepada 1,576.91.

"Ketika mana kadar pengangguran AS jatuh ke paras paling rendah dalam 50 tahun, kebimbangan berhubung kemelesetan AS berkurangan, tetapi pada masa sama jangkaan untuk pemotongan kadar faedah seterusnya terus tidak disentuh," kata Ahli Strategi Kanan Daiwa Securities, Hideyuki Ishiguro, dalam satu ulasan.

Tumpuan pelabur berpindah ke rundingan perdagangan AS-China dengan rundingan peringkat menteri yang dijadualkan pada minggu ini, katanya.

Di Tokyo, SoftBank Group menokok 1.40 peratus kepada 4,178 yen selepas pihak berkuasa anti monopoli AS Jumaat lalu meluluskan penggabungan AS$26 bilion antara T-Mobile dan SoftBank dalam perjanjian yang menyatukan operator tanpa wayar ketiga dan keempat terbesar itu.

Antara saham utama lain, Sony meningkat 0.14 peratus pada 6,224 yen dan Nissan naik 0.27 peratus pada 661.9 yen. - AFP

Berita Harian X