Jumaat, 6 September 2019 | 9:15am
Saham Tokyo dibuka lebih tinggi hari ini. - Foto hiasan
Saham Tokyo dibuka lebih tinggi hari ini. - Foto hiasan

Saham Tokyo dibuka tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi hari ini, disokong penyusutan nilai yen dan kenaikan semalaman di Wall Street susulan berita Amerika Syarikat (AS) dan China akan menyambung semula rundingan perdagangan peringkat tinggi.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 0.65 peratus atau 137.81 mata pada 21,223.75 pada awal dagangan, sementara indeks Topix naik 0.48 peratus atau 7.43 mata kepada 1,541.89.

"Saham Jepun dilihat disokong kenaikan semalam dalam saham AS dan yen yang lebih murah," kata Toshiyuki Kanayama, Penganalisis Pasaran Kanan di Monex, dalam satu nota.

Namun, pengambilan untung dijangka pada sesi dagangan hari ini, katanya.

Dolar itu menokok kepada 107.07 yen pada awal dagangan Asia, turun daripada 106.96 yen di New York lewat Khamis.

Di Tokyo, syarikat automotif menokok dengan Honda naik 1.28 peratus kepada 2,688 yen, Nissan menokok 1.70 peratus pada 668.9 yen dan Toyota naik 0.52 peratus kepada 7,037 yen. - AFP

Berita Harian X