Selasa, 3 September 2019 | 9:26am

Saham Tokyo dibuka lebih rendah

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih rendah hari ini dengan pelabur berhati-hati di tengah kebimbangan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang berterusan, pada ketika mana Beijing membuat aduan kepada Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) terhadap Washington.

Indeks penanda aras Nikkei 225 turun 0.16 peratus atau 33.23 mata pada 20,586.96 pada awal dagangan, manakala indeks Topix turun 0.14 peratus atau 2.09 mata pada 1,503.12.

"Tekanan jualan dilihat menguasai pasaran Jepun kerana kementerian perdagangan China mengumumkan bahawa ia telah membuat aduan dengan WTO" berhubung tarifbaharu AS, kata Toshiyuki Kanayama, ahli strategi pasaran kanan di Monex, dalam satu ulasan.

Laporan bahawa China dan AS menghadapi kesukaran dalam menetapkan tarikh berikutnya untuk meneruskan rundingan perdagangan juga mempengaruhi pasaran, katanya.

Di Tokyo, dagangan tidak mempunyai arah yang jelas, dengan dagangan bank mega Mitsubishi UFJ Financial turun 0.33 peratus pada 510.1 yen manakala saingannya Sumitomo Mitsui Financial naik 0.08 peratus pada 3,478. - AFP

Berita Harian X