Jumaat, 30 Ogos 2019 | 9:22am

Saham Tokyo dibuka tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi hari ini, menerima lonjakan daripada sentimen positif yang menyelubungi perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 0.86 peratus atau 176.74 mata kepada 20,637.67 pada awal dagangan.

Indeks Topix naik 0.79 peratus atau 11.83 mata pada 1,502.00.

Harapan kedua-dua AS dan China boleh mengelakkan malapetaka yang lebih besar kerana keengganan untuk bertolak ansur mendorong Wall Street ditutup lebih tinggi untuk hari kedua, manakala saham Eropah pulih dan London mengukuhkan kenaikan.

"Susulan kenaikan di Wall Street dan yen yang lebih murah, saham Jepun dilihat menokok pada awal dagangan awal," kata Toshiyuki Kanayama, penganalisis pasaran kanan di Monex, dalam satu nota.

Di Tokyo, saham berkaitan China menokok, dengan pengeluar robot industri Fanuc naik 2.47 peratus kepada 18,410 yen dan Rohm naik 3.15 peratus pada 7,530 yen. - AFP

Berita Harian X