Rabu, 28 Ogos 2019 | 9:08am

Saham Tokyo dibuka tinggi

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih tinggi sedikit hari ini, susulan sentimen positif daripada pengumuman langkah rangsangan ekonomi oleh China dan pemburuan saham murah mengimbangi kesan negatif penyusutan semalaman di Wall Street.

Indeks penanda aras Nikkei 225 naik 0.20 peratus atau 41.11 mata pada 20,497.19 pada awal dagangan.

Indeks Topix naik 0.13 peratus atau 1.92 mata pada 1,491.61.

"Saham Jepun dilihat menguji pemulihan di pasaran, walaupun perdagangan awal dilihat terjejas oleh kesan negatif daripada penyusutan saham AS," kata Okasan Online Securities dalam satu ulasan.

"Pengumuman kerajaan China berhubung langkah-langkah untuk merangsang penggunaan akan menyokong saham Jepun," katanya.

Di Tokyo, firma hartanah menerajui kenaikan, dengan Mitsui Fudosan naik 2.26 peratus kepada 2,528.5 yen dan dagangan Mitsubishi Estate naik 2.07 peratus pada 2,038 yen. - AFP

Berita Harian X