Selasa, 13 Ogos 2019 | 9:21am

Saham Tokyo dibuka rendah

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih rendah pagi ini ketika mana yen yang lebih kukuh dan kejatuhan semalaman di Wall Street menolak turun pasaran selepas tiga hari cuti.

Indeks penanda aras Nikkei 225 turun 1.07 peratus atau 221.35 mata kepada 20,463.47 pada awal dagangan.

Indeks Topix turun 0.81 peratus atau 12.21 mata kepada 1,491.63.

Penurunan saham Tokyo diterajui pengeksport, dengan Nintendo turun 2.23 peratus kepada 38,560 yen; Panasonic turun 1.95 peratus pada 818.4 yen; dan Sony turun 1.17 peratus pada 5,903 yen.

Kaunter pengeluar kenderaan juga antara yang mencatat penurunan ketara, dengan Toyota turun 1.40 peratus pada 6,241 yen; Honda susut 2.61 peratus kepada 2,475.4 yen; dan Nissan turun 2.32 peratus kepada 660 yen. - AFP

Berita Harian X