Jumaat, 9 Ogos 2019 | 6:26pm

Bursa Malaysia ditutup rendah menjelang cuti panjang

KUALA LUMPUR Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini dengan FBM KLCI susut 0.06 peratus menjelang cuti hujung minggu yang panjang.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.97 mata untuk ditutup kepada 1,615.05 daripada paras penutup 1,616.02 pada Khamis.

Indeks utama itu yang dibuka 2.72 mata lebih rendah kepada 1,613.30, bergerak antara paras 1,613.27 dan 1,620.76 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 447 berbanding 355, manakala 385 kaunter kekal tidak berubah, 717 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 1.97 bilion unit bernilai RM1.55 bilion berbanding paras penutup 2.12 bilion unit bernilai RM1.52 bilion pada Khamis.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada Isnin, 12 Ogos sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada Ahad, 11 Ogos, dan akan menyambung semula operasi pada Selasa.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank meningkat 10 sen kepada RM21.52, Petronas Chemicals naik sembilan sen kepada RM7.39, Axiata tidak berubah pada RM5, Maybank, TNB dan CIMB susut dua sen setiap satu masing-masing kepada RM8.60, RM13.82 dan RM5.04, manakala Maxis turun satu sen kepada RM5.41.

Dalam kalangan kaunter cergas, Datasonic meningkat tiga sen kepada 82.5 sen, Ekovest naik satu sen kepada 82.5 sen, Velesto menokok setengah sen kepada 30.5 sen, Netx tidak berubah pada 1.5 sen dan Vsolar jatuh 1.5 sen kepada 15.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 0.26 mata kepada 11,440.33, Indeks FBMT 100 susut 0.53 mata kepada 11,272.87 manakala FBM Emas Shariah turun 1.44 mata kepada 11,926.57.

FBM 70 naik sebanyak 24.88 mata kepada 14,304.37 manakala FBM Ace meningkat 45.57 mata kepada 4,697.64.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 15.33 mata kepada 15,841.99, Indeks Perladangan susut 29.80 mata kepada 6,727.41 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.03 mata kepada 152.64.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.23 bilion saham bernilai RM1.41 bilion berbanding 1.14 bilion saham bernilai RM1.35 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran turun kepada 342.36 juta unit bernilai RM85.21 juta berbanding 409.73 juta unit bernilai RM100.12 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 398.31 juta saham bernilai RM60.61 juta daripada 569.73 juta saham bernilai RM64.81 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 197.01 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (192.90 juta), pembinaan (133.49 juta), teknologi (193.27 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (35.54 juta), hartanah (82.58 juta), perladangan (12.86 juta), REITs (17.70 juta), dana tertutup (2,000), tenaga (268.30 juta), penjagaan kesihatan (18.15 juta), telekomunikasi dan media (41.83 juta), pengangkutan dan logistik (20.14 juta) dan utiliti (12.20 juta).

-BERNAMA

Berita Harian X