Jumaat, 9 Ogos 2019 | 2:24pm

Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi pada paras lebih tinggi dipacu minat belian berterusan.

Pada rehat tengah hari, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)naik 3.61 mata kepada 1,619.63, selepas bergerak turun naik antara 1,613.27 dan 1,620.22 sepanjang sesi dagangan pagi.

FBM KLCI dibuka 2.72 lebih rendah pada 1,613.3.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu sebanyak 397 berbanding 283, manakala 344 kaunter tidak berubah, 880 tidak diniagakan dan 18 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.10 bilion saham bernilai RM682.29 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata, indeks utama yang berjaya mencatatkan pemulihan memberangsangkan semalam membantu ia menyesuaikan dengan keadaan terlebih jual, didorong oleh aktiviti belian semasa harga rendah yang sederhana, malah walaupun terus dalam keadaan berhati-hati.

"Memasuki hari terakhir dagangan pada minggu ini, kami menyaksikan pemulihan berterusan untuk membolehkan indeks utama mengakhiri minggu ini pada kedudukan positif.

"Seperti sedia maklum, kedudukan indeks pasaran global telah menunjukkan tanda stabil yang akan diperluaskan kepada ekuiti Malaysia dan berpotensi meningkatkan aktiviti belian semasa harga rendah selepas FBM KLCI mengalami keadaan terlebih jual," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok satu sen kepada RM8.63, Public Bank melonjak 16 sen kepada RM21.58, TNB naik dua sen kepada RM13.86, Petronas Chemicals naik 10 sen kepada RM7.40, IHH Healthcare dan Maxis masing-masing tidak berubah pada RM5 .75 dan RM5.42, manakala Digi turun satu sen kepada RM5.01.

Bagi saham aktif, Ekovest naik 1.5 sen kepada 83 sen, Datasonic menokok tiga sen kepada RM82.5 sen, Iskandar Waterfront mengukuh 4.5 sen kepada 93 sen, Vsolar dan Netx tidak berubah masing-masing pada 17 sen dan 1.5 sen, manakala Ta Win turun setengah sen kepada 18 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 33.95 mata kepada 11,474.02, Indeks FBMT 100 naik 33.64 mata kepada 11,307.04 dan FBM Ace naik 39.52 mata kepada 4,691.59.

FBM 70 meningkat 77.36 mata kepada 14,356.85 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 26.45 mata kepada 11,954.46.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 49.84 mata kepada 15,907.16, Indeks Perladangan turun 37.09 mata kepada 6,720.123 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.06 mata kepada 152.67.

-- BERNAMA

Berita Harian X