Khamis, 1 Ogos 2019 | 7:57am

Wall Street ditutup rendah

NEW YORK: Dow Jones dan S&P 500 mencatatkan peratusan penurunan harian terbesar dalam tempoh dua bulan selepas Ketua Rizab Persekutuan, Jerome Powell, membayangkan tiada lagi pemotongan kadar faedah selepas ini.

Ketiga-tiga indeks saham utama Amerika Syarikat (AS) mengakhiri sesi lebih rendah selepas Powell berkata langkah itu bukanlah bermakna bermulanya kitaran pemotongan kadar faedah yang lebih panjang tempohnya selepas ini.

"Perasaan saya ialah apa yang memulakan badai ini adalah komen Powell yang mencadangkan ia sudah pun selesai," kata Jim Paulsen, ketua strategi pelaburan di The Leuthold Group di Minneapolis.

Walaupun menyaksikan penjualan, ketiga-tiga indeks itu mencatatkan kenaikan bulanan kedua berturut-turut pada Julai.

Dow Jones Industrial Average turun 333.75 mata atau 1.23 peratus kepada 26,864.27.

S&P 500 turun 32.8 mata atau 1.09 peratus kepada 2,980.38.

Nasdaq Composite turun 98.20 mata atau 1.19 peratus kepada 8,175.42.

Kesemua 11 sektor utama S&P 500 ditutup dalam wilayah negatif.

Jumlah dagangan pada bursa AS adalah sebanyak 8.92 bilion saham, berbanding 6.19 bilion purata 20 hari dagangan sebelumnya. - Reuters

Berita Harian X