Isnin, 29 Julai 2019 | 9:27am
Saham Tokyo dibuka lebih rendah hari ini. - Foto hiasan
Saham Tokyo dibuka lebih rendah hari ini. - Foto hiasan

Saham Tokyo dibuka rendah

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih rendah hari ini, mengetepikan rali di Wall Street dengan mana pelabur kekal berhati-hati di tengah-tengah musim laporan pendapatan korporat dan menjelang rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

Penanda aras Nikkei 225 turun 0.13 peratus, atau 28.04 mata, kepada 21,630.11 pada awal dagangan, manakala indeks Topix turun 0.09 peratus, atau 1.40 mata, pada 1,570.12.

"Sikap tunggu dan lihat mungkin meluas menjelang mesyuarat Bank of Japan berhubung dasar monetari dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS, serta rundingan perdagangan AS-China yang disambung semula minggu ini,” kata Mizuho Securities dalam satu ulasan.

Pelabur juga memantau laporan pendapatan korporat.

Di Tokyo, harga saham syarikat pengeksport pada umumnya lebih rendah, dengan Toyota merosot 0.23 peratus kepada 7,134 yen dan pengeluar peralatan pembuatan cip Tokyo Electron turun 1.33 peratus kepada 18,055 yen.

Hitachi turun 2.56 peratus pada 3.832 yen, pengeluar robot industri Fanuc turun 0.89 peratus pada 19,410 yen dan pengeluar mesin pembinaan Komatsu turun 1.30 peratus kepada 2,428 yen. - AFP

Berita Harian X