Jumaat, 19 Julai 2019 | 9:27am

Bursa Malaysia melonjak

KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia melonjak untuk dibuka lebih tinggi hari ini, menyongsang penyusutan tiga hari sebelumnya berikutan jangkaan peningkatan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.71 mata kepada 1,653.64 selepas ditutup pada 1,648.93 semalam.

Indeks itu dibuka 0.62 mata lebih tinggi pada 1,649.55 awal hari ini.

Jumlah dagangan positif dengan 177 kaunter naik berbanding 55 kaunter turun dengan 161 tidak berubah, manakala 1,558 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Sejumlah 99.93 juta saham bertukar tangan bernilai RM25.44 juta.

Sementara itu, Tokyo yang membuka tirai dagangan di Asia hari ini dibuka juga lebih tinggi, pulih daripada sebahagian besar penyusutan pada hari sebelumnya, selepas prestasi kukuh semalaman di Wall Street.

Indeks penanda aras Nikkei 225, yang turun hampir dua peratus semalam apabila yen mengukuh, naik 0.44 peratus atau 91.60 mata kepada 21,137.84 pada awal dagangan.

Indeks Topix naik 0.27 peratus atau 4.10 mata kepada 1,538.37. - BERNAMA/AFP

Berita Harian X