Khamis, 18 Julai 2019 | 9:07am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Saham Tokyo dibuka lebih rendah

TOKYO: Saham Tokyo dibuka lebih rendah pagi ini, meneruskan penyusutan semalaman di New York ketika mana yen mengukuh berbanding dolar, sekali gus memberi kesan kepada pengeksport.

Indeks penanda aras Nikkei 225 turun 0.62 peratus atau 132.64 mata pada 21,336.54 pada awal dagangan.

Indeks Topix turun 0.59 peratus atau 9.31 mata pada 1,558.10.

Pengukuhan yen dan penyusutan semalaman di Wall Street menarik turun pasaran Tokyo, manakala pelabur semakin mengambil sikap tunggu dan lihat menjelang musim pendapatan korporat mulai minggu depan, kata Mizuho Securities dalam nota kepada pelanggan.

"Saham Jepun dilihat dijual pada awal dagangan dan berkemungkinan bercampur-campur tanpa arah tuju jelas ... selepas Presiden Trump mencadangkan perbincangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China akan mengambil masa yang lebih lama" daripada yang diharapkan, kata Mizuho. - Reuters

Berita Harian X